Monday, February 7, 2011

INTAN JUTAWAN CNI (USAHAWAN)

TESTIMONI KEJAYAAN
 
Usahawan Online CNI
 
Testimoni kejayaan usahawan online Cyber Ant Network akan dimuatkan didalam laman web ini sedikit masa lagi. Kaedah internet tanpa sempadan berpotensi besar dan telah menjadi trend MLM masa kini. Golongan yang terawal merebut peluang ini akan memperolehi kelebihan pasaran yang lebih luas.


Usahawan Offline/Konvensional CNI
 
Berikut adalah kisah sebahagian daripada usahawan yang telah berjaya didalam kerjaya CNI. Sejak tahun 1989 CNI telah terbukti mampu melahirkan lebih 40 orang insan yang bergelar jutawan. Mereka telah mengusahakan CNI dengan cara konvensional diiringi dengan semangat kental dah usaha yang berterusan.
 
 
Pengurus Agensi Intan Jutawan
Murad Basir & Mazini
Dulu, saya menyerah kepada nasib, bersikap pesimistik, lemah semangat dan tidak berkeyakinan kerana telah banyak menempuhi kegagalan.

Kerana CNI saya bangkit semula dan sedar bahawa nasib saya sebenarnya berada di dalam tangan saya sendiri. Asalkan saya berani saya akan dapat mengubah nasib sendiri.

Sejak itu, diiringi sindiran orang di sekeliling dan sokongan semua upline dan downline CNI, saya sedar bahawa walau betapa buruk sekali pun keadaan dan betapa beratnya beban di bahu, segalanya dapat diubah. Syaratnya, saya mesti bertindak dan berusaha dengan bersungguh-sungguh. Malahan, saya sering mengingatkan diri, "Jangan putus asa sehingga anda berjaya memakbulkan impian yang telah lama terpendam di dalam hati."

Hari ini saya telah berjaya mencapai impian yang dianggap mustahil dicapai. Mempunyai rumah dan kereta mewah, melancong ke luar negeri, menerima pendapatan lumayan, memiliki keluarga bahagia dan tubuh badan yang sihat. Pendek kata, saya telah berjaya mencipta kejayaan gilang-gemilang pada usia yang muda.
 
Apa yang lebih membanggakan saya adalah saya telah membantu ramai orang mengubah nasib mereka. Malahan, saya sanggup meninggalkan kampung halaman merantau ke Kuantan untuk menyumbang jasa kepada masyarakat dengan membantu ramai orang mengubah nasib mereka. Terima kasih CNI kerana membuka peluang kejayaan saya hari ini!
 




 
 
Pengurus Agensi Intan Jutawan
Irman Harmi & Norzi Isma

Pengalaman sendiri adalah modal terbaik untuk mengajak orang lain menyertai kerjaya CNI. Saya mula kenal CNI kerana menggunakan CNI Lyophilized Royal Jelly untuk mengubati penyakit resdung yang sudah bertahun saya hidapi. Saya begitu yakin dan bersemangat menceritakan kepada orang lain tentang kemujarabannya. Tetapi saya sedar semangat yang tinggi perlulah digandingkan dengan ilmu yang tinggi juga demi membina kerjaya yang berkekalan dan berdaya maju.
Saya ikuti semua kursus yang dianjurkan oleh CNI seperti GBOS, SNP dan sebagainya untuk menimba ilmu dan bergaul dengan orang yang positif. Sikap juga amat penting bagi menentukan hala tuju seseorang. Kualiti cemerlang yang dipamerkan oleh upline saya  MDAM Hj Ramli Jack telah membuatkan saya berfikir dan menilai kembali tindakan yang negatif seperti cepat berputus asa, ego dan ragu-ragu.

Kini, sebagai seorang Intan Jutawan, saya merasakan cabaran semakin besar kerana perlu menunjukkan komitmen dan sentiasa bertenaga sebagai teladan kepada downline. Cabaran yang banyak menjadi tekanan yang sihat untuk terus mengukir peluang baru.

Sepanjang kerjaya CNI, selain daripada menerima imbuhan kebendaan seperti rumah, kereta dan pendapatan mewah serta pelancongan di dalam dan luar negara, saya mendapat kepuasan rohaniah juga. Membawa rakan-rakan yang susah menjadi berjaya, membantu orang yang sakit, terutamanya yang merasakan sudah tiada harapan mengecapi kesihatan semula, membantu mengurangkan pengangguran di kalangan belia, saya kira sebagai amalan.

Hendak jadi jutawan CNI tidak perlu modal berjuta, tidak semestinya lulus universiti, yang penting ialah sikap positif, rajin menimba ilmu dari upline dan syarikat, semangat padu serta tindakan yang selaras dengan rancangan teratur.

Dulu saya pencuci kereta saja, tetapi saya sudah berjaya kini. Terima kasih kepada semua upline yang menjadi mentor untuk kekal berjaya dalam industri ini.

 





 
 






Pengurus Agensi Intan Jutawan
Hj Mohd Zainuddin & Mazenah
Sebelum menyertai CNI lagi, saya telah pun menikmati pendapatan yang lumayan dengan mengusahakan dua buah kedai makan yang maju di Kuantan. Hakikatnya, masalah kewangan bukanlah sebab utama saya bergabung dengan CNI.
 
Saya mula kenal dengan kerjaya CNI menerusi kawan-kawan yang sering datang ke restoran saya, DAM Mustapa Daud, yang kini menjadi upline saya, dan MDAM Wan Rahimmulah.

Anggapan pertama saya tentang MLM ketika itu ialah ia merupakan pilihan yang sesuai bagi mereka yang gagal sahaja. Saya tidak berminat.

Namun, atas pujukan kawan-kawan selama empat bulan dan untuk mengambil hati mereka, saya pun menjadi ahli CNI dalam bulan Ogos 1999. Selama enam bulan saya tidak berbuat apa-apa dan masuk bulan ketujuh, saya mencuba secara sambil lewa. Bulan berikutnya, pada Februari 2000, saya menerima bonus pertama berjumlah RM127.00. Saya mula menyedari potensi kerjaya CNI.

Saya mula serius menaja downline dan menjadi 100% pengguna. Hasilnya, pada 2001 saya menikmati pelancongan luar negara yang pertama ke Indonesia setelah dinaikkan pangkat ke Pengurus Agensi Delima. Saya terus memanjat tangga kejayaan CNI dan berjaya mengerjakan Umrah, melancong ke China dan memenangi Insentif Tabung Kereta pertama pada tahun yang sama, iaitu pada 2002. Pada ketika itulah saya nekad untuk mengikuti kerjaya CNI sepenuh masa.

Kini, setelah enam tahun bergabung bersama CNI dan menikmati pelancongan MDRT berprestij ke Dubai dan Turki, saya rasa amat bertuah kerana usaha saya telah membuahkan hasil di luar jangkaan. Misi saya seterusnya adalah untuk membantu ahli keluarga dan menarik lebih ramai generasi muda untuk menceburi kerjaya CNI. Ini bersesuaian dengan hadis riwayat AI-Bukhari yang menyebut Rasulullah SAW. bersabda: "Berniagalah kerana sembilan persepuluh punca rezeki ada dalam perniagaan."

Kerjaya CNI adalah sebuah perniagaan yang profesional, berwawasan dan menepati citarasa orang ramai. Mengikut pengalaman saya, kerjaya CNI lebih mudah diusahakan berbanding perniagaan konvensional kerana saya tidak perlu risau tentang stok, gaji pekerja, bil bulanan dan modal perniagaan. Tambahan pula, kerjaya CNI disokong rangkaian produk yang berkualiti, rancangan perniagaan yang sistematik lagi dinamik, pemimpin yang berkaliber dan syarikat yang kukuh.
 
Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada upline, para pemimpin, organisasi, syarikat, isteri dan keluarga serta kawan-kawan saya kerana tanpa sokongan dan dorongan mereka, tidak mungkin saya boleh terbang tinggi bersama CNI.

 
 
Mustapa Daud &
Nor Azian Abdul Latif

Keyakinan, kesabaran dan tindakan yang berterusan merupakan titik tolak kejayaan seseorang. Kepada semua usahawan CNI, yakinlah pada diri sendiri kerana kejayaan anda berpunca daripada diri anda sendiri. Jumpa anda di puncak kejayaan!
 
 
   

Anuar Abd Rawi &
Mimi Suzuraiza Rahim

Tiada kejayaan tanpa pernah melalui kegagalan, tiada kecemerlangan tanpa perlu berkorban. Oleh itu, usahlah gusar jika harus berkorban atau menemui kegagalan. Berusahalah dan pasti kita berada di puncak kejayaan.
 
 
 

Sheikh Salleh Sheikh Mohamad &
Siti Hanim Yahaya

Usaha gigih membuahkan kejayaan bukan saja dari segi material, namun juga peningkatan sudut mental dan spiritual.
 
 
 
 

Yahya Khalid &
Siti Jamilah Mohamed

Nak jadi senang bukan senang. Jika mahukan kejayaan yang tinggi, kita mesti bekerja keras dan berani menghadapi rintangan yang ada.
 
 

Faizal Leong Muhamad &
Che Faridah Che Hussin

Kejayaan pasti tiba selagi kita berusaha. Walaupun halangan demi halangan yang datang, kita mesti teruskan, dan pasti sukses milik kita bersama. Terima kasih upline dan downline.
 

 
 
 

Anuar Lateh &
Rohani Sidek

Azam yang kuat dan keinginan jika dipadukan secara berterusan semestinya akan menjadi pasangan yang tidak boleh dikalahkan.
 
 

Mahkotar Ali &
Che Hasmah Isa

Jadikan halangan dan rintangan sebagai tangga kearah merealisasikan impian. Yakin diri, ikhlas, komitmen yang tinggi dan jelas merupakan resipi kejayaan.
 
 
 

Rosnin Md Yasir &
Norazlinda Johary

Sabar dan tabah menghadapi rintangan yang menghalang dalam memperjuangkan kehidupan yang lebih baik.
 
 

Mohd Yunus Yaacob &
Salma Ismail

Jangan memandang rendah kepada keupayaan diri anda, kerana dunia sekeliling mengenali anda melalui cara anda menilai diri anda.
 

 
 
 

Karim Rahmat Abdul Rani &
Suhaimah Seman

Kejayaan seseorang bukan terletak pada ilmu atau bakat, tetapi pada berani menggunakan ilmu dan bakat itu.
 

No comments:

Post a Comment